Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20.



Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.



Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran.



Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.



IMF dan Bank Dunia hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.

>>> Asal-usul Sistem Bretton Woods
>>> New World Order

Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Bretton_Woods
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...