Asal-usul Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods wujud berdasarkan kepada beberapa faktor politik utama: pengalaman bersama yang dikongsi negara-negara dunia dalam Kemelesetan Besar, penumpuan kuasa sebilangan kecil negara (yang diperkuatkan dengan pengecualian sejumlah negara penting kerana perang), dan kewujudan kuasa dominan yang bersedia dan mampu membawa peranan sebagai pemimpin dalam urusan kewangan global.



Dalam persediaan membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia II masih berlangsung dan memusnahkan peradaban dunia, 730 delegasi dari semua 44 negara sekutu berkumpul di Hotel Mount Washington di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat, bagi menghadiri Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para delegasi menandatangani Perjanjian Bretton Woods semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.



Dalam menyiapkan sistem peraturan, institusi, dan prosedur untuk mengawal selia sistem kewangan antarabangsa, para delegasi di Bretton Woods menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD), yang sekarang ini merupakan sebahagian daripada Kumpulan Bank Dunia. Pertubuhan-pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945 selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk meratifikasi perjanjian.



Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara perlu mewujudkan satu dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran matawang kertasnya yang ditambat kepada dolar Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat pula nilainya ialah pada kadar 35 dolar bersamaan satu auns emas.


Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Bretton_Woods
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...