New World Order

Rekabentuk sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.



Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah dolar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.



Demikian itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas di bawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa. Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.



Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu. Bagaimanapun, akibat penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, pada 15 Ogos 1971, Amerika menceraikan tambatan dolar kepada emas.



Tindakan menceraikan tambatan dolar kepada emas diambil oleh Presiden AS ketika itu, Richard Nixon bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar Amerika Syarikat yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.



Akibat daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.


Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Bretton_Woods
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...