Pelaburan Emas Dapat Sambutan

Berita Harian - 23/02/2011





Dua pengedar raih pendapatan lumayan

KEPERCAYAAN terhadap kemampuan diri sendiri serta keyakinan tinggi adalah kunci kejayaan dua pengedar skim pelaburan emas - Wan Mohd Muslim Wan Abdul Wahab dan Ahmad Azman Baruti.

Bermula dengan niat ingin mencuba setelah melihat kejayaan abangnya, serta bagi menambah pendapatan keluarga, Wan Mohd Muslim, 29, menceburi program pelaburan emas melalui peluang disediakan oleh Public Fine Gold International Sdn Bhd (Public Gold).

Beliau tidak menyangka pelaburan emas Public Gold yang dijalankan dengan membeli emas, perak serta barang kemas keluaran syarikat itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.



Pengedar sah yang berasal dari Terengganu itu, berkata beliau mula menyertai Public Gold pada Oktober 2009 dan sebulan selepas itu, beliau dipanggil oleh pihak syarikat untuk menjadi 'master dealer'.

Wan Mohd Muslim berkata, impiannya ingin menjadi jutawan dengan pelaburan RM32,000, mula menampakkan hasil melalui beli dan simpan dalam tempoh hanya beberapa bulan, mampu menghasilkan RM4,000 sebulan.

"Dulu pendapatan sekadar cukup makan, kini mencapai empat angka dan jika berusaha dengan lebih gigih lagi tidak mustahil boleh mencecah lima dan enam angka.
"Belajar ilmu pelaburan emas adalah amat bagus kerana pendapatan yang saya peroleh meningkat 70 peratus berbanding pendapatan biasa sebagai kakitangan kerajaan," katanya.

Beliau memilih pelaburan emas Public Gold adalah kerana harga yang ditawarkan mengikut pasaran dunia dan susut nilainya paling rendah berbanding di kedai emas yang lain.

"Berbanding dengan pelaburan wang, nilai susutnya setiap hari tetapi pelaburan emas menguntungkan kerana nilainya meningkat setiap hari," katanya.

Bagi merealisasikan impiannya menjadi pengedar berjaya, beliau akan sentiasa menggunakan blog untuk memberikan maklumat terkini mengenai pelaburan emas.

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut pelaburan emas Wan Moh Muslim dengan melayari laman web kedaiemasmuslim.blogspot.com atau boleh menghubunginya di talian 019-9478686.

Sementara itu, bagi Ahmad, 33, dari Selangor, segalanya bermula pada bulan 2009 apabila beliau membeli emas keluaran Public Gold emas selepas diperkenalkan peluang pelaburan itu dan tiga bulan kemudian, dilantik menjadi pengedar emas.

Beliau memilih untuk menjadi pengedar emas adalah kerana ingin mencari dan melakukan satu pelaburan yang selamat dan senang.

Pemilihan untuk menceburi bidang itu juga kerana ingin menyedarkan orang ramai mengenai emas, selain memotivasikan diri sendiri untuk meraih kejayaan dalam bidang itu dan kini berjaya memperoleh pendapatan lebih RM4,000 sebulan.

Beliau memilih untuk menyertai Public Gold juga adalah disebabkan sistem dan cara pelanggan berurusan sangat mudah, stok mudah didapati dan urus niaganya adalah selama 24 jam sehari.

Setakat ini beliau berjaya memperoleh sebanyak 25 pengedar sah di Selangor dan Negeri Sembilan.

Beliau sentiasa berjumpa dengan pengedarnya dalam rangkaiannya bagi memberi segala tip dan berita terkini dengan mengadakan seminar.

"Lebih banyak pelaburan emas dilakukan, lebih banyak keuntungan yang diperoleh. Anda tidak perlu lokek atau kedekut untuk menjelaskan mengenai teknik pelaburan emas kepada mereka yang berminat melabur," katanya.


Sourcehttp://www.bharian.com.my/articles/Pelaburanemasdapatsambutan/Article/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...