Bagaimana Menjana Keuntungan Dengan Emas?

Semua orang tahu harga emas naik setiap tahun, emas semakin mahal, emas adalah barang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi. Tapi berapa ramaikah yang tahu dan sudah memulakan langkah pertama dengan membeli dan melabur dalam emas?



Antara pendapat-pendapat diberi atau soalan-soalan yang sering ditanya oleh bakal customer bila kita bercerita tentang emas...

”Emas dah mahal, tunggu turun la baru beli..”

”Kalau beli emas sekarang dan jual masa emas naik, sama juga nanti nak beli balik pun mahal.. jadi kat mana untungnya..”

”Beli emas ni nanti nak simpan kat mana yang selamat.. simpan sendiri takut hilang pulak..”



Dalam pelaburan emas, minimum ada 3 cara untuk anda menjana keuntungan:

1. Beli dan Simpan
2. Beli dan Ar Rahnu
3. Beli dan Jual – Dealer/Peniaga Emas




CARA 1 : Beli dan Simpan

Modal :

Minimum 1 dinar
Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.

Jenis Pelabur :

Pelabur yang pasif
Pelabur yang tidak mempunyai banyak masa
Pelabur yang mahukan keuntungan jangka masa panjang
Pelabur yang sabar
Pelabur yang tak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas


Dengan cara ini anda hanya perlu beli emas dan simpan untuk jangka masa panjang. Jangka masa panjang yang dinyatakan adalah dalam setahun ke atas. Setahun kenaikan dalam 20% hingga 30%. Ini sudah dikira cukup tinggi berbanding dengan pelaburan yang ada di pasaran seperti ASB dan sebagainya.

Anda tak perlu risau dan ambil tahu sangat dengan kenaikan dan penurunan harga emas secara harian ataupun mingguan mahupun bulanan. Duduk diam sahaja anda dah menikmati keuntungan. Tak perlu bercerita tentang emas, tak perlu jumpa orang dan tak perlu buat apa-apa. Cuma anda perlu membayar zakat apabila emas anda cukup syarat.

Jika anda mahu menikmati keuntungan dari pelaburan emas anda, jual sahaja nilai emas yang melebihi modal asal anda.

Contoh : Anda membeli emas dengan nilai RM10,000, selepas setahun emas anda bernilai RM 12,000. (jika kenaikan 20% setahun)

Jadi untuk merasai keuntungan yang anda buat, anda hanya perlu menjual emas anda yang bernilai RM2000 sahaja.




CARA 2 – Beli dan Ar Rahnu (Pajak)

Modal :

Tidak memerlukan modal yang besar pada permulaan pelaburan.
Minimum 10 gram (i-series)
Mempunyai modal untuk membeli emas secara sedikit-sedikit atau secara berkala.

Jenis Pelabur :

Pelabur yang tidak suka jumpa orang dan bercerita pasal emas
Pelabur yang ingin maksimumkan keuntungan simpanan emas tanpa mencari pelanggan
Pelabur yang tidak pandai bercerita tentang emas
Pelabur yang mempunyai disiplin yang tinggi
Pelabur yang bijak atau cekap dalam pengurusan masa dan membuat perancangan (calculation).


Beli Emas – Pajak Step 1 (Simpanan Emas :20g Emas x1= Rm 3000)

Dengan cara ni anda hanya perlu beli emas minimum 20g (Kalau PG) dan bila dapat emas tu anda per pajak di Agro Bank. Anda akan dapat 70% dari nilai marhum (Contoh emas 20g Rm 3000 x 70% = Rm211)(Perlu diingatkan anda akan dikenakan upah simpan dari nilai marhum 0.75%)

Beli Emas – Pajak Step 2 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x3= Rm 1800)

Duit hasil pajakan itu anda gunakan semula untuk membeli emas..tapi kali ni anda beli 1Dinar sebanyak 3 keping (cth 1Dinar Rm600 x 3 = Rm1800). Kemudian anda pajak semula 3 keping 1 Dinar itu dan dapat Rm 1260

Beli Emas – Simpan Step 3 (Simpanan Emas :1Dinar Emas x2= Rm 1200)

Duit hasil pajakan RM1260 tu anda boleh beli emas lagi 1 dinar sebanyak 2 keping dan simpan. Anda perlu menjual emas yang terakhir anda miliki apabila harga tinggi dalam masa 6 bulan...(tempoh pajakan). Dan hasil jualan emas tu anda perlu tebus emas yang anda pajak.

Dengan mempunyai modal sebanyak Rm3000, anda boleh memiliki emas bernilai RM6000.

Jika diizinkan, peratus kenaikan harga emas akan melebihi peratus upah simpan..dengan ini anda menjana keuntungan dari modal yang pada asalnya bukan milik anda..

Penting!!!
Pada masa artikel ini ditulis, gold bar dan dinar masih lagi diterima pajak oleh Agro bank, tetapi sekarang tidak lagi, sebagai ganti anda boleh la membeli produk i-series )




CARA 3 – Beli, Simpan dan Jual, Simpan ..Jadi Tokey Emas..

Modal :

Memerlukan modal sebanyak RM 20,000 untuk permulaan

Jenis Pelabur :

Pelabur yang mempunyai ilmu pasal emas
Pelabur yang boleh bercerita pasal emas dan kebaikan melabur dalam emas
Pelabur yang rajin berjumpa pelanggan
Pelabur yang boleh meluangkan banyak masa melayan pelanggan

Dengan cara ini anda perlu menjadi dealer dengan membeli emas sebanyak RM20,000 dalam satu resit. Semua sudah sedia tahu dengan menyimpan emas sahaja anda sudah untung, tapi kalau nak lebih untung anda boleh menjual emas yang anda miliki.

Komisyen

Dengan menjual emas yang anda miliki anda akan mendapat komisyen atas setiap jualan yang anda buat sebanyak 1%-2%.

Public Gold memberikan komisyen sebanyak 1%-2% sahaja kerana menjual emas yang mempunyai spread paling rendah di Malaysia. Semakin rendah spread, semakin tinggi keuntungan dalam pelaburan emas.

Spread yang rendah

Dengan menjadi dealer juga anda dapat merendahkan lagi spread yang ditetapkan oleh PG.

Contoh : Pelanggan biasa spread 6%

Sebagai dealer , komisyen jualan 1%, dan komisyen belian balik 0.5%

Oleh itu spread sebenar anda sebagai dealer adalah 6% - 1% - 0.5% = 4.5%

Dengan spread yang lebih rendah ini anda memiliki peluang yang luas untuk menjual kembali emas anda dan mendapat keuntungan yang lumayan!


SUMBER - http://otakemas.blogspot.com/2011/02/bagaimana-manjana-keuntungan-dengan.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...