Istimewa Hari Bapa

Dengan setiap pembelian RM 20,000 dan ke atas dalam satu transaksi, pelanggan akan menerima 10 Dirham Public Gold secara PERCUMA. Terhad kepada 200 unit sahaja.


Tempoh Promosi: 1 Jun 2012 – 30 Jun 2012

Jenis Promosi : Dirham Public Gold diberi secara PERCUMA sempena sambutan Hari Bapa

Terma & Syarat:

1. Promosi ini hanya sah dari 1 Jun- 30 Jun 2012 sahaja.
2. Promosi ini TIDAK termasuk pembelian melalui Ansuran Bulanan (Easy Payment Purchase-EPP).
3. Promosi ini hanya sah dengan pembelian barangan Public Gold RM20,000 dan ke atas dalam satu transaksi.
4. Hanya pesanan atau pembelian yang dibayar penuh akan diambil kira sah dalam promosi ini.
5. Segala pembatalan pembelian atau tidak membayar mengikut tempoh ditetapkan tidak layak promosi ini.
6. Promosi ini terhad kepada 200 unit 10 Dirham selagi stok masih ada.
7. Tarikh penebusan ganjaran 10 Dirham akan diberitahu selepas tamat promosi ini.
8. Syarikat berhak untuk mengguna, mencetak atau memapar nama, butir–butir dan gambar pemenang promosi ini untuk tujuan pengiklanan dan publisiti dari masa ke semasa tanpa sebarang notis/pengumuman terlebih awal kepada individual berkenaan.
9. Pihak pengurusan Public Gold berhak mengubahsuai atau menambah terma dan syarat tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

Sebarang makluman/pertanyaan sila hubungi 0137579452 (Khairul). Terima kasih!

Lombong Emas Terbesar Di Dunia

Lombong Grasberg adalah lombong emas terbesar di dunia dan lombong tembaga ke-3 terbesar di dunia. Lombong ini terletak di provinsi Papua, Indonesia.

Lombong ini diusahakan PT Freeport Indonesia. Syarikat ini merupakan anak syarikat dari Amerika Syarikat, Freeport-McMoRan (90.6 %) dan 9.4 % lagi dipunyai oleh kerajaan Indonesia. Kos membina lombong di atas puncak gunung ini menelan kos 3 bilion dolar Amerika. Pada 2004, rizab emas ialah 46 juta.





SUMBER - http://ms.wikipedia.org/wiki/Lombong_Grasberg

Trade-In Emas Lama ke Emas Public Gold


Tempoh promosi : 1 Mei 2012 hingga 30 Jun 2012
Jenis promosi : Trade –In emas lama dengan emas baru

Huraian:

i. X-Plan membolehkan pelanggan menukar sebarang barang kemas serta jongkong EMAS berjenama lain kepada produk Public Gold.

ii. Nilai transaksi untuk X-Plan ini akan berdasarkan harga semasa yang tertera di laman web Public Gold ( www.publicgold.com.my )

iii. Nilai emas jenama-X akan digred mengikut tahap mutu ketulenan dan keaslian emas daripada pelanggan.

iv. Pelanggan boleh menjadi dealer Public Gold jika berjaya membuat transaksi X-Plan dengan nilai emas melebihi RM20,000 (Dealer) atau RM100,000.00 (Priority Dealer)

Jenis Ketulenan Emas
Harga Pertukaran
X-plan
(Jenama -X)
Harga Pembelian
Produk Public Gold
999.9(24K)
(berserta dengan sijil kesahihan)
Berdasarkan
Harga semasa
(PG BUY) Public Gold 10 g
Berdasarkan
Harga Jual Semasa
(PG SELL)
916 (22K)
Berdasarkan
Harga semasa
(PG BUY) i-Series 10g
Berdasarkan
Harga Jual Semasa
(PG SELL)

Terma dan Syarat :
1. X-Plan terbuka kepada semua pelanggan Public Gold.
2. Pertukaran boleh dijalankan di semua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia.
3. Tempahan Harga tidak boleh dilakukan untuk promosi X-Plan.
4. Proses pertukaran boleh dilakukan selepas melalui pengujian emas di Public Gold dan harga pertukaran yang telah disetujui oleh pelanggan.
5. Emas yang gagal melalui ujian mesin ketumpatan emas TIDAK akan diterima untuk pertukaran ini.
6. Harga pertukaran ini hanya sah dalam tempoh promosi yang ternyata di atas.
7. Promosi X-Plan ini TIDAK termasuk pembelian melalui Ansuran Bulanan (Easy Payment Purchase-EPP).
8. Pelanggan hanya dibenarkan menukar maksimum 1KG emas setiap hari sahaja.
9. Kos Pengangkutan akan dikenakan kepada cawangan Public Gold yang berada di luar Pulau Pinang.
10. Pihak pengurusan Public Gold berhak,mengubah suai atau menambah terma dan syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi notis terlebih dahulu.

Sebarang makluman/pertanyaan sila hubungi 0137579452 (Khairul). Terima kasih!

Mengapa Perlu Menyimpan Perak?

Kalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu menyimpan perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza-beza. Kemungkinan besar kebanyakan mereka yang akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.Kebanyakan kita tidak memahami motivasi untuk menyimpan perak.

Pada masa yang sama, sekiranya anda seorang pelabur, kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan perlu diteliti dengan sebaiknya. Banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang perak akan meningkat lebih tinggi untuk akhir tahun ini.

Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan perak di dalam portfolio simpanan atau pelaburan anda:

1) Inflasi:

Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion perak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300.

Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat.Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai“Penyimpan Nilai”.

Pelaburan perak yang menyimpan nilai ini akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.

2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:

44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil perlombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat.

Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi.

Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah selama-lamanya.

3) Kemunculan China dan India.

Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas.

Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak.

Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.

Saya harap penjelasan 3 sebab utama perlu menyimpan perak/silver membantu menambah ilmu kewangan dan pelaburan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...