Kalau kita tanya 10 orang, “Mengapa anda perlu menyimpan perak?”, anda mungkin akan mendapat 10 jawapan yang berbeza-beza. Kemungkinan besar kebanyakan mereka yang akan menggeleng kepala atau mengangkat bahu.Kebanyakan kita tidak memahami motivasi untuk menyimpan perak.
Pada masa yang sama, sekiranya anda seorang pelabur, kenaikan harga perak sejak akhir-akhir ini yang menakjubkan perlu diteliti dengan sebaiknya. Banyak penganalisis pasaran menjangka harga yang perak akan meningkat lebih tinggi untuk akhir tahun ini.
Berikut adalah SEBAB UTAMA mengapa anda harus mempertimbangkan untuk memasukkan perak di dalam portfolio simpanan atau pelaburan anda:
1) Inflasi:
Bullion perak melindungi kuasa pembelian anda ketika krisis kewangan. Katakan sebagai contoh, anda membeli satu auns bullion perak berjenama Morgan dengan harga RM150, dan anda sembunyikan bullion perak itu di bawah katil anda selama enam bulan. Jika nilai dolar susut sebanyak 50 peratus selepas enam bulan, sudah tentu anda boleh menjual bullion perak tersebut dengan harga RM300.
Nilai Morgan bar anda tidak semestinya berubah, tetapi kuasa membeli anda sememangnya sudah meningkat.Oleh kerana bullion perak adalah terhad kuantitinya di dalam dunia ini, pelaburan anda bertindak sebagai“Penyimpan Nilai”.
Pelaburan perak yang menyimpan nilai ini akan melindungi aset anda yang lain (hartanah, perniagaan) terhadap mata wang kertas yang cepat susut nilai.
2) Kegunaan Perak dalam Perindustrian:
44% dari Perak yang dilombong digunakan untuk perindustrian di seluruh dunia. Oleh kerana hasil perlombongan perak yang memasuki pasaran setiap tahun adalah terhad, peningkatan permintaan pelabur untuk bullion pelaburan boleh menyebabkan harga meningkat dengan pesat.
Lama-kelamaan, permintaan industri juga menjejaskan bekalan global. Kegunaan perak sangat meluas di dalam peralatan elektronik, perubatan dan sanitasi.
Oleh kerana manusia mengambil jalan mudah untuk membuang kebanyakan bahan elektronik terpakai, logam perak yang terkandung di dalam bahan elektronik tersebut terbiar terbuang di tapak pelupusan sampah selama-lamanya.
3) Kemunculan China dan India.
Pembangunan kelas pertengahan di China dan India telah membawa kepada peningkatan permintaan pelabur untuk bullion perak. Oleh kerana kos memulakan pelaburan emas sangat tinggi, pelabur baru di negara China lebih cenderung untuk menyimpan perak dan bukannya emas.
Ini kerana, mereka mencari cara untuk melindungi aset dan harta mereka terhadap inflasi berleluasa. China mengimport 3500 tan perak pada tahun 2010, walhal pada tahun 2005, China mengeksport 3000 tan perak.
Apa yang rakyat China tahu yang kita tak tahu? Sekarang ini bukan Amerika sahaja yang menentukan harga pasaran perak terutama sekali apabila kerajaan di seluruh dunia sedang bergelut dengan kadar inflasi.
Saya harap penjelasan 3 sebab utama perlu menyimpan perak/silver membantu menambah ilmu kewangan dan pelaburan anda.
Persoalan Mengenai Zakat Emas dan Perak
Emas dan perak adalah termasuk di dalam kategori logam berharga yang diwajibkan zakat jika cukup haul dan nisab.
- Haul merujuk kepada tempoh masa iaitu setahun.
- Nisab pula merujuk kepada nilai berat.
Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat diri mu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”
(At- Taubah; ayat 34-35)
Zakat emas dikira dalam dua keadaan iaitu:
1. Zakat emas yang disimpan (tidak dipakai)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.
Contoh: Anda memiliki 100 gram jongkong emas bernilai RM160/gram dan telah menyimpannya selama setahun.
Jumlah zakat = 2.5% x RM16,000
= RM400
2. Zakat emas yang dipakai (sebagai perhiasan)

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ia melebihi ‘uruf’ (uruf merujuk kepada nilai kebiasaan pemakaian emas bagi wanita di sesebuah tempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan daripada nilai uruf.
Nilai yang diambil kira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.
Contoh: Jika anda bermastautin di Wilayah Persekutuan maka kadar uruf adalah 150 gram emas. (jika anda bermastautin di negeri lain, sila rujuk kadar uruf bagi negeri anda di bawah)
Contoh: Berat emas yang dipakai ialah 250 gram
Berat Emas yang layak dizakatkan adalah:
= 250 gram – 150 gram (uruf)
= 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
(andaian harga emas semasa RM157.00 / gram)
= 2.5% x (100 gram x RM157.00)
= RM392.00
Nilai uruf bagi negeri-negeri di Malaysia
Uruf emas bagi negeri Kedah adalah 150 gram.
Uruf emas bagi negeri Perlis adalah 170 gram
Uruf emas bagi negeri Pulau Pinang adalah 165 gram
Uruf emas bagi negeri Melaka adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Johor adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Sembilan adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Selangor adalah 800 gram
Uruf emas bagi Wilayah Persekutuan adalah 150 gram
Uruf emas bagi negeri Kelantan : tiada uruf
Uruf emas bagi negeri Terengganu adalah 850 gram
Uruf emas bagi negeri Pahang adalah 200 gram
Uruf emas bagi negeri Perak adalah 500 gram
Uruf emas bagi negeri Sabah adalah RM5000
Uruf emas bagi negeri Sarawak adalah 775 gram
Soalan-soalan lazim yang perlu diketahui mengenai zakat emas:
1. Soalan: Sekiranya saya telah menggadaikan sejumlah emas perhiasan ke dalam skim Ar-Rahnu, perlukah saya membayar zakat untuk emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib, kerana tidak sempurna milik
2. Soalan: Adakah emas yang disimpan di dalam bank (safe deposit box) perlu dizakatkan?
Jawapan: Ya, wajib dizakatkan dan dikira sebagai emas yang disimpan.
3. Soalan: Saya memiliki beberapa utas rantai emas tetapi saya gadaikan untuk membuat modal perniagaan. Adakah wajib membayar zakat bagi rantai emas yang digadaikan itu?
Jawapan: Tidak wajib dizakatkan kecuali setelah ditebus semula. Kiraan haul bermula pada hari ditebus.
4. Soalan: Ibu saya mempunyai emas yang sudah cukup syarat untuk dizakatkan. Tetapi beliau meninggal dunia sebelum sempat mengeluarkan zakat. Siapakah yang bertanggungjawab membayar zakat tersebut? Daripada sumber mana yang perlu digunakan untuk membayar zakat tersebut?
Jawapan: Waris perlulah melunaskan bayaran zakat tersebut dengan menggunakan duit si mati sebelum harta peninggalannya di faraid.
5. Soalan: Adakah saya wajib membayar zakat emas perhiasan yang telah disimpan dan diwarisi daripada nenek?
Jawapan: Ya, emas perhiasan yang disimpan dan diwarisi wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup syarat.
6. Soalan: Saya ada emas yang dipakai. Ia tidak cukup untuk dikeluarkan zakat. Tetapi jika dicampurkan dengan emas yang digadai, cukup untuk bayar zakat. Persoalannya, wajib kah saya membayar zakat?
Jawapan: Tidak wajib dikenakan zakat kerana tidak cukup nisab dan emas yang digadai tidak sempurna milik.
Pengiraan zakat perak

Bagi zakat perak, ia perlu memenuhi syarat cukup haul dan nisab.
- Haul ialah tempoh masa setahun
- Nisab zakat perak sebanyak 200 dirham iaitu sama atau melebihi 595 gram (1 dirham = 2.975 gram)
Formula: [berat perak (gram)] x [harga perak semasa/gram] x 2.5%
Contoh: Anda menyimpan 1kg perak 999
Katakan harga semasa 1kg perak 999 adalah RM4500
Zakat perak yang wajib dibayar = 2.5% x RM4500
= RM112.50
Kira jumlah zakat anda di sini - http://www.zakatpahang.my/TaksirSendiriEmas.aspx
Kesimpulan
Jika anda mempunyai emas kurang daripada 85 gram dan perak kurang daripada 595 gram, anda tidak perlu risau mengenai zakat.
SUMBER - http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/pengiraan-zakat-emas-dan-perak/

Pejabat Urusan Public Gold di Seluruh Malaysia

Public Gold Main Office
Address:
Plot 21, Technoplex,
Medan Bayan Lepas,
Taman Perindustrian Bayan Lepas,
Phase IV,Bayan Lepas,
11900 Penang
Malaysia
Telephone: 604-643 9999
Fax: 604-645 0916
Mobile Phone Number: 6012-4618916 (Mr Harrison)
Public Gold mempunyai cawangan di seluruh Malaysia kecuali Perlis (akan datang). Ini memberi peluang kepada penduduk negara Malaysia membuat pelaburan emas dengan mudah dan selamat.
Ianya juga membuktikan bahawa Public Gold adalah sebuah syarikat yang kukuh dan berkembang maju. Untuk maklumat lanjut sila klik pada cawangan yang berdekatan dengan anda.
>> Cawangan Public Gold di Penang
>> Cawangan Public Gold di Selangor
>> Cawangan Public Gold di Kelantan
>> Cawangan Public Gold di Perak
>> Cawangan Public Gold di Kedah
>> Cawangan Public Gold di Johor
>> Cawangan Public Gold di Pahang
>> Cawangan Public Gold di Terengganu
>> Cawangan Public Gold di Sarawak
>> Cawangan Public Gold di Melaka
>> Cawangan Public Gold di Negeri Sembilan
>> Cawangan Public Gold di Sabah
SUMBER - http://www.publicgold.com.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=121&Itemid=561
Rekod Harga Silver Dunia Selama 10 Tahun (2002-2012)

2/1/2002 - USD 4.590
2/1/2003 - USD 4.665
1/1/2004 - USD 5.965
4/1/2005 - USD 6.390
3/1/2006 - USD 9.040
2/1/2007 - USD 13.010
2/1/2008 - USD 14.930
2/1/2009 - USD 11.080
4/1/2010 - USD 17.170
4/1/2011 - USD 30.670
3/1/2012 - USD 28.780
Peratus kenaikan selama 10 tahun - 527%
Purata kenaikan tahunan - 53% setahun
SUMBER - http://www.kitco.com/
Subscribe to:
Comments (Atom)