Dinar Emas Sebagai Matawang Islam

Satu kisah yang menarik berkenaan kuasa beli dinar emas dapat dilihat di dalam hadis nabi. Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:

“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepadaku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untukku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.



Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripadaku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar. Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milikmu.”



Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”

Percaya atau tidak jika pada Zaman Rasulullah 1 dinar boleh membeli seekor kambing pada masa sekarang dengan 1 dinar anda masih lagi boleh membeli seekor kambing? Fikir-fikirkanlah...

Emas Sentiasa Mengekalkan Kuasa Belinya Dalam Jangka Masa Panjang

Kajian terhadap kuasa beli emas dan indeks komoditi oleh Prof. Jastram yang dijelaskan di dalam buku pelaburan emas “The Golden Constant”– The English and American Experience 1560-2007" daripada Sekolah Pengurusan Perniagaan University of California.


The Golden Constant Karangan Prof. Roy W. Jastram


"Kami mendapati kuasa beli emas pada pertengahan abad ke-20 adalah hampir sama dengan kuasa belinya pada pertengahan abad ke 17″.

Ini menunjukkan kuasa beli emas amat stabil, kuasa beli yang tetap sama pada hari ini dan pada masa hadapan jika anda membuat pelaburan emas.

Emas Dalam Ayat Suci Al-Quran


Petikan dari Al Quran Surah Al-Hajj ayat 23


Ayat ini menerangkan bahawa Allah SWT akan memberikan penduduk syurga gelang-gelang yang diperbuat daripada emas dan mutiara sebagai hadiah kepada hamba-hambanya yang berjaya. Ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar bernilai di dunia, malah ia tetap bernilai di akhirat kelak.

Sejarah Emas

Sejak dari 6000 tahun dahulu lagi hinggalah zaman sekarang emas menjadi simbol kekayaan. Emas sememangnya bernilai untuk selama-lamanya, penyimpan nilai yang baik dan tidak boleh dibinasakan. Emas tidak terbakar, tidak reput, tidak berkarat dan sukar diperolehi serta sentiasa bersinar dan cantik.

Keistimewaan inilah menyebabkan emas diiktiraf sebagai sesuatu yang berharga dan bernilai dari dahulu hingga sekarang. Manusia sentiasa tertarik dengan emas dan mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan. Sejarah ketamadunan terkemuka dunia seperti Greek, Rom dan Parsi menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka.


Empayar Kerajaan Lydia


Sekitar 2600 tahun yang lalu Kerajaan Lydia mengeluarkan syiling emas pertama dunia, The Lydian Lion. Ini membuktikan bahawa sejak ribuan tahun dahulu manusia sudah tertarik kepada emas, mengiktiraf dan menggunakannya sebagai simbol kekayaan dan mata wang untuk urusan jual beli harian.


Syiling Emas The Lydia Lion
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...