Rekod Harga Emas 2011 (USD)




Awal Tahun (04/01/2011) = USD1388.50/oz
Akhir Tahun (29/12/2011) = USD1531.00/oz

Kenaikan sebanyak USD142.50/oz (10.26%)


Harga Terendah = USD1319.00/oz (28/01/2011)
Harga Tertinggi = USD1895.00/oz (05/09/2011)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD576.00/oz (43.67%)

Rekod Harga Emas 2010 (USD)




Awal Tahun (04/01/2010) = USD1121.50/oz
Akhir Tahun (30/12/2010) = USD1405.50/oz

Kenaikan sebanyak USD284.00/oz (25.32%)


Harga Terendah = USD1058.00/oz (05/02/2010)
Harga Tertinggi = USD1421.00/oz (09/11/2010)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD363.00/oz (34.31%)

Rekod Harga Emas 2009 (USD)




Awal Tahun (02/01/2009) = USD874.50/oz
Akhir Tahun (30/12/2009) = USD1087.50/oz

Kenaikan sebanyak USD213.00/oz (24.36%)


Harga Terendah = USD810.00/oz (15/01/2009)
Harga Tertinggi = USD1212.50/oz (02/12/2009)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD402.50/oz (49.69%)

Rekod Harga Emas 2008 (USD)




Awal Tahun (02/01/2008) = USD846.75/oz
Akhir Tahun (30/12/2008) = USD869.75/oz

Kenaikan sebanyak USD23.00/oz (2.72%)

Harga Terendah = USD712.50/oz (24/10/2008)
Harga Tertinggi = USD1011.25/oz (17/03/2008)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak -USD298.75/oz (-29.54%)

Rekod Harga Emas 2007 (USD)




Awal Tahun (02/01/2007) - USD639.75/oz
Akhir Tahun (28/12/2007) - USD833.75/oz

Kenaikan sebanyak USD194.00/oz - 30.32%


Harga Terendah - USD608.40/oz (10/01/2007)
Harga Tertinggi - USD841.10/oz (08/11/2007)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD232.70/oz - 38.25%

Rekod Harga Emas 2006 (USD)




Awal Tahun (03/01/2006) - USD530.00/oz
Akhir Tahun (28/12/2006) - USD632.00/oz

Kenaikan sebanyak USD102.00/oz - 19.25%


Harga Terendah - USD524.75/oz (05/01/2006)
Harga Tertinggi - USD725.00/oz (12/05/2006)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD200.25/oz - 38.16%

Rekod Harga Emas 2005 (USD)




Awal Tahun (04/01/2005) - USD427.75/oz
Akhir Tahun (29/12/2005) - USD513.00/oz

Kenaikan sebanyak USD85.25/oz - 19.93%


Harga Terendah - USD411.10/oz (08/02/2005)
Harga Tertinggi - USD536.50/oz (12/12/2005)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD125.40/oz - 30.50%

Rekod Harga Emas 2004 (USD)




Awal Tahun (01/01/2004) - USD416.25/oz
Akhir Tahun (31/12/2004) - USD435.60/oz

Kenaikan sebanyak USD19.35/oz - 4.65%


Harga Terendah - USD375.00/oz (10/05/2004)
Harga Tertinggi - USD454.20/oz (02/12/2004)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD79.20/oz - 21.12%

Rekod Harga Emas 2003 (USD)




Awal Tahun (02/01/2003) - USD343.80/oz
Akhir Tahun (31/12/2003) - USD416.25/oz

Kenaikan sebanyak USD72.45/oz - 21.07%


Harga Terendah - USD319.90/oz (07/04/2003)
Harga Tertinggi - USD416.25/oz (30/12/2003)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD96.35/oz - 30.12%

Rekod Harga Emas 2002 (USD)




Awal Tahun (02/01/2002) - USD278.35/oz
Akhir Tahun (31/12/2002) - USD347.20/oz

Kenaikan sebanyak USD68.85/oz - 24.74%


Harga Terendah - USD277.75/oz (04/01/2002)
Harga Tertinggi - USD349.30/oz (27/12/2002)

Maksimum kenaikan adalah sebanyak USD71.55/oz - 25.76%

New World Order

Rekabentuk sistem Bretton Woods memaksa negara-negara di dunia hanya boleh melaksanakan penukaran emas kepada "matawang utama" iaitu dolar AS. Negara-negara dunia boleh untuk tidak menukar dolar kepada emas, dan sebaliknya hanya menyimpan dollar.



Secara amalinya, bagaimanapun, oleh kerana "matawang rizab" utama ialah dolar AS, ini bermakna matawang negara-negara lain ditambat kepada dolar AS, dan akan membeli atau menjual dolar AS bagi memastikan pasaran tukaran matawang tidak melebihi perbezaan satu peratus dari kadar yang ditetapkan.



Demikian itu, dolar AS mengambilalih peranan yang dimainkan emas di bawah standard emas dalam sistem kewangan antarabangsa. Dengan terciptanya Bretton Woods, dengan Amerika Syarikat menghasilkan separuh dari barangan perusahaan dan separuh dari simpanan emas dan matawang, AS memainkan peranan sebagai pemacu utama ekonomi dunia.



Sepanjang 1950an, Washington mengekalkan defisit pembayaran dalam usaha untuk membiayai pinjaman, bantuan dan askar untuk rejim-rejim sekutu. Bagaimanapun, akibat penglibatan Amerika dalam Perang Vietnam, negara itu mengeluarkan jumlah wang kertas melebihi simpanan emasnya. Oleh itu, pada 15 Ogos 1971, Amerika menceraikan tambatan dolar kepada emas.



Tindakan menceraikan tambatan dolar kepada emas diambil oleh Presiden AS ketika itu, Richard Nixon bagi mengelakkan negara-negara yang menandatangani Perjanjian Bretton Woods daripada menuntut jumlah emas yang setara dengan dolar Amerika Syarikat yang berada dalam rizab mereka kerana jika itu berlaku, Amerika Syarikat tidak akan dapat menunaikan janjinya dan berkemungkinan jatuh muflis.



Akibat daripada tindakan ini, dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya matawang sandaran dan juga matawang rizab kepada negara-negara yang terlibat dalam perjanjian tersebut.


Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Bretton_Woods

Asal-usul Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods wujud berdasarkan kepada beberapa faktor politik utama: pengalaman bersama yang dikongsi negara-negara dunia dalam Kemelesetan Besar, penumpuan kuasa sebilangan kecil negara (yang diperkuatkan dengan pengecualian sejumlah negara penting kerana perang), dan kewujudan kuasa dominan yang bersedia dan mampu membawa peranan sebagai pemimpin dalam urusan kewangan global.



Dalam persediaan membina semula sistem ekonomi antarabangsa ketika Perang Dunia II masih berlangsung dan memusnahkan peradaban dunia, 730 delegasi dari semua 44 negara sekutu berkumpul di Hotel Mount Washington di Bretton Woods, New Hampshire, Amerika Syarikat, bagi menghadiri Persidangan Monetari dan Kewangan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Para delegasi menandatangani Perjanjian Bretton Woods semasa tiga minggu pertama bulan Julai 1944.



Dalam menyiapkan sistem peraturan, institusi, dan prosedur untuk mengawal selia sistem kewangan antarabangsa, para delegasi di Bretton Woods menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD), yang sekarang ini merupakan sebahagian daripada Kumpulan Bank Dunia. Pertubuhan-pertubuhan ini mula beroperasi pada tahun 1945 selepas mempunyai negara ahli yang cukup untuk meratifikasi perjanjian.



Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara perlu mewujudkan satu dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran matawang kertasnya yang ditambat kepada dolar Amerika Syarikat. Dolar Amerika Syarikat pula nilainya ialah pada kadar 35 dolar bersamaan satu auns emas.


Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Bretton_Woods

Sistem Bretton Woods

Sistem Bretton Woods adalah sistem urustadbir matawang antarabangsa yang menetapkan peraturan-peraturan hal ehwal kewangan dan komersil di antara negara-negara industri utama dunia pada pertengahan abad ke-20.



Dengan sistem ini setiap negara perlu mempunyai dasar monetari bagi sistem pertukaran nilai mata wang yang ditetapkan yang ditambat dengan nilai emas. Sistem ini adalah contoh pertama rundingan aturan dan seliaan matawang yang bertujuan untuk mentadbir hal-ehwal kewangan di antara negara-negara merdeka.



Di bawah Sistem Bretton Woods, setiap negara hendaklah mewujudkan dasar kewangan yang mengekalkan kadar pertukaran mata wang dalam nilai yang tetap-dengan kelonggaran unjuran tidak melebihi 1 peratus negatif (-1%) atau positif (+1%)- yang ditambat dengan nilai emas dan kemampuan IMF sebagai penyelesaian sementara ketidakseimbangan bayaran.



Dalam menghadapi peningkatan kekangan kewangan, sistem ini runtuh pada tahun 1971, selepas Amerika Syarikat secara bersendirian menamatkan kebolehtukaran dolar kepada emas. Tindakan Amerika ini mewujudkan keadaan di mana dolar Amerika Syarikat menjadi satu-satunya mata wang jaminan dan mata wang sandaran untuk negara-negara ahli.



IMF dan Bank Dunia hari ini adalah warisan sistem Bretton Woods yang roboh pada era 1970an.

>>> Asal-usul Sistem Bretton Woods
>>> New World Order

Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Bretton_Woods

Punca Berlakunya Inflasi



1. Inflasi Tarikan Permintaan

Berlaku apabila bekalan barangan dan erkhidmatan fidak mencukupi untuk memenuhi permintaan. la berpunca daripada pertambahan permintaan acara tiba-tiba dalam jangkamasa pendek. Pengeluar kesuntukan masa untuk menambah pengeluaran bagi memenuhi permintaan. Peniaga pula mengambil kesempatan untuk memperolehi keuntungan yang lebih.

2. Inflasi Tolakan Kos

Berlaku apadla kos pengeluaran meningkat. Pengeluar akan memindahkan kos yang ditanggungnya kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk mengekalkan keuntungan.

3. Inflasi Bekalan Wang

Berlaku apabila bekalan wang meningkat melebihi bekalan barangan atau perkhidmatan dalam pasaran. Inflasi ini iasanya berlaku semasa peperangan. Wang yang banyak dicetak untuk membiayai perbelanjaan peperangan. Wang yang akhirnya menyebabkan inflasi. Oleh itu adalah penting untuk mempastikan peningkatan bekalan wang pada tahap tertentu bersesuaian dengan barangan don perkhidmatan yang ada di pasaran setiap masa.

4. Inflasi Pentadbiran Harga

Berlaku apabila hanya terdapat sebuah syarikat (monopoli) atau sebilangan kecil syarikat (oligopoll) yang membekalkan barangan atau perkhidmatan, pengeluar biasanya mempunyai kuasa untuk menentukan harga. Jika pengeluar menggunakan kuasa itu, harga akan meningkat. Pengguna tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli pada paras harga yang ditentukan oleh pengeluar atau pembekal. Pengeluar atau pembekal berkemungkinan akan menaikkan harga barangan atau perkhidmatan untuk menikmati keuntungan yang lebih besar sama ada kos meningkat atau tidak. Harga sedemikian dipanggil harga pentadbiran,

5. Inflasi Yang Diimport

Faktor-faktor luar negara juga boleh menyebabkon inflasi. Apabila kos bahanbahan mentah, barang siap atau perkhidmatan yang dilmport dari luar negara meningkat, ia akan menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan di pasaran tempatan meningkat tanpa mudah disedarl. Kenaikan harga barangan import boleh berlaku secara langsung iaitu inflasi yang berlaku di negara pengeksport atau ticlak langsung melalui perubahan kadar pertukaran wang asing yang memlhak kepada negara pengeksport.

Inflasi

Dalam ekonomi, inflasi bermaksud suatu kenaikan dalam tingkat harga umum barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi dari semasa ke semasa.

Dengan peningkatan tingkat harga umum, setiap unit matawang cuma dapat membeli barangan dan perkhidmatan dalam jumlah yang lebih kurang daripada sebelumnya. Oleh itu, inflasi juga mencerminkan penurunan dalam kuasa beli wang berkenaan iaitu satu kehilangan nilai sebenar dalam medium pertukaran dalaman dan unit akaun dalam sesebuah ekonomi.

Satu ukuran utama bagi inflasi harga adalah kadar inflasi iaitu perubahan peratusan tahunan di dalam sesuatu indeks harga umum (biasanya disebut Indeks Harga Pengguna) dari masa ke semasa.

Kesan inflasi terhadap sebuah ekonomi adalah pelbagai dan boleh jadi positif dan negatif serentak.

Kesan negatif inflasi termasuk pengurangan nilai sebenar wang dan item-item monetari lain dari masa ke semasa, ketidakpastian terhadap inflasi pada masa hadapan boleh mengurangkan pelaburan dan simpanan, dan inflasi yang tinggi boleh membawa kepada kekurangan barangan apabila pengguna mula menyorokkan barangan kerana bimbang harga akan naik pada masa akan datang.

Kesan positif termasuklah memastikan bank-bank pusat boleh menyesuaikan kadar faedah nominal (yang bertujuan untuk mengurangkan kesan kemelesetan ekonomi), dan menggalakkan pelaburan dalam projek-projek modal bukan monetari.



Ahli ekonomi setuju bahawa hiperinflasi (kadar inflasi yang tinggi) disebabkan oleh pertumbuhan tinggi bekalan wang. Inflasi yang rendah atau sederhana disumbang oleh turun naik permintaan sebenar barangan dan perkhidmatan, atau perubahan dalam bekalan seperti semasa kekurangan, dan juga pertumbuhan dalam bekalan wang.

Kebanyakan ahli ekonomi bersetuju tempoh inflasi yang berterusan disebabkan kadar pertumbuhan bekalan wang lebih pantas daripada pertumbuhan produktiviti dalam sesuatu ekonomi.

Tugas mengawal kadar inflasi yang rendah dijalankan oleh pihak berkuasa kewangan yang membuat polisi kewangan. Umumnya mereka ini bank pusat yang mengawal saiz bekalan wang melalui penetapan kadar faedah, melalui operasi pasaran terbuka, dan melalui penetapan rizab bank.


Source - http://ms.wikipedia.org/wiki/Inflasi

Faktor Yang Mempengaruhi Harga Emas

Faktor utama yang mempengaruhi harga emas sedunia ialah jumlah permintaan dan penawaran di dalam pasaran emas. Biasanya urusan permintaan dan penawaran ini berlaku tanpa kita sedari kerana ia berlaku di antara pembekal dan pembeli yang besar.



PERMINTAAN

Permintaan pasaran terhadap emas terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:
1. Untuk kegunaan industri
2. Untuk kegunaan pelaburan
3. Permintaan daripada bank-bank negara sebagai rizab negara
4. Permintaan untuk kegunaan sebagai barang kemas
5. Lain-lain kegunaan



PENAWARAN

Penawaran emas di dalam pasaran pula datangnya daripada:
1. Lombong emas di seluruh dunia
2. Penjualan rizab emas oleh bank pusat
3. Emas terpakai yang digunakan semula



Jadi, perbezaan di antara penawaran dan permintaan emas inilah yang akan menentukan turun-naiknya harga emas di dalam pasaran dunia. Di pasaran inilah aktiviti belian dan jualan emas secara besar-besaran berlaku.



Dengan kata lain setiap masa akan ada pasaran emas yang akan dibuka dan ditutup. Inilah yang menyebabkan kita dapat lihat pergerakan harga emas setiap minit dan saat di kitco.com


Source - http://jutawanemas.com/v1/gold-article/faktor-yang-mempengaruhi-harga-emas-dunia/

Tambat Mata Wang Ikut Nilai Emas

Utusan - 18/01/2012
KUALA LUMPUR 17 Jan. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mencadangkan negara-negara menambat mata wang kepada emas berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi mengelak dihimpit krisis kewangan.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan mata wang ditambat kepada barangan berharga dan membantu mengelak daripada menjadi mangsa manipulasi pihak-pihak tertentu.

Katanya, emas menjadi pilihan kerana nilainya yang terus meningkat berbanding dolar AS yang naik dan turun ekoran campur tangan dan manipulasi.

Sehubungan itu, tambahnya, negara-negara perlu melihat kembali kepada perjanjian Bretton Woods yang diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua untuk pembangunan ekonomi yang menyaksikan mata wang dunia ditambat kepada dolar AS dan emas.


TUN Dr. Mahathir Mohamad bersalam dengan delegasi asing sebelum beliau menyampaikan ucaptama pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global 2012 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, malam tadi.


"Pendekatan tersebut akan menyaksikan perniagaan mata wang berasaskan nilai sebenar dan bukannya nilai spekulasi.

"Kita perlu kembali melihat pendekatan asal apabila menghadapi masalah seperti kata pepatah Melayu, pulang ke pangkal jalan," katanya yang sebelum ini telah beberapa kali mencadangkan penggunaan emas sebagai sandaran matawang utama.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan bertajuk Kewangan Global: Membina kerangka antarabangsa baru pada majlis makan malam sempena Persidangan Pergerakan Kesederhanaan Global di sini malam ini.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan juga perlu diberi kuasa untuk memantau perdagangan pasaran kewangan untuk mengelak daripada manipulasi.

"Selain itu, peraturan baru juga perlu diperkenalkan untuk memantau dan mengawal http://www.blogger.com/img/blank.giftindakan manipulasi oleh pihak-pihak berkenaan," ujarnya.


Source - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

Bagaimana Harga Emas Harian Dibuka?

Harga emas dibuka dan ditetapkan di pasaran London oleh lima anggota Pasaran Emas London (London Gold Market). Mereka terdiri daripada penjual emas dan bank tertua, paling berpengaruh dan terbesar dunia iaitu: Barclays Capital, Societe General, HSBC Bank, Scotia Mocatta dan Deutsche Bank.

Mereka berlima akan menetapkan harga emas sebanyak 2 kali sehari iaitu A.M fix ( 10.30 pagi waktu London)  dan P.M fix (selepas lunch).



Lima anggota ini akan menilai maklumat permintaan dan penawaran emas pada hari tersebut dan akan menetapkan harga pada hari tersebut.

Jika maklumat menunjukkan permintaan melebihi jualan, maka harga emas akan ditetapkan lebih tinggi. Jika permintaan kurang berbanding penawaran, maka harga emas akan diturunkan.


Source - http://jutawanemas.com/v1/gold-article/faktor-yang-mempengaruhi-harga-emas-dunia/

Emas Dijangka Cecah RM503 Satu Gram Menjelang 2020

Berita Harian - 17/01/2012





STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India.

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.

Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.

“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam.

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing.

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS.

Bagaimanapun, pada Disember lalu, harganya jatuh mendadak berikutan pengukuhan dolar AS dan penjualan berterusan oleh dana lindung nilai.

Pada dagangan semalam, harga emas meningkat 11 sen kepada RM159.93 satu gram.

Mengenai ekonomi Malaysia, Ketua Penyelidik Asia Tenggara Standard Chartered Bank, Tai Hui mengunjurkan ekonomi negara ini akan berkembang 2.7 peratus tahun ini berbanding 4.8 peratus tahun lalu berikutan ketidaktentuan ekonomi global.

Katanya, sektor komoditi akan menjadi pemangkin utama yang menentukan pertumbuhan tahun ini, sama seperti tahun lalu dengan minyak sawit, getah dan gas asli cecair menyumbang 70 peratus kepada pertumbuhan lapan peratus eksport Malaysia dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu.

Beliau berkata, harga komoditi juga memainkan peranan penting dalam perbelanjaan penduduk Malaysia terutama di kawasan kampung.

"Harga komoditi yang tinggi akan membantu ekonomi domestik berdepan dengan ketidaktentuan di pasaran global," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan harga CPO akan berada pada paras RM3,450 setan tahun ini, meningkat daripada RM3,216 setan tahun lalu.



Tai berkata, inflasi dijangka berkurangan kepada 2.6 peratus tahun ini berbanding 3.3 peratus lalu berikutan kestabilan harga komoditi dan makanan.

Beliau berkata pihaknya juga mengunjurkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 0.5 peratus tahun ini, bermula dengan pengurangan 0.25 peratus pada Mac ini.

Bank itu mengunjurkan ringgit akan mencecah paras RM3.03 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong harga komoditi yang kukuh.


Source - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/EmasdijangkacecahRM503satugrammenjelang2020/Article

Harga Emas Bakal Cecah RM15,735

Kosmo - 17/01/2012





KUALA LUMPUR - Harga emas dijangka mencecah sehingga AS$5,000 (RM15,735) setiap auns menjelang tahun 2020, kata Ketua Penyelidikan Komoditi Global Standard Chartered Bank, Hsi Han Pin (gambar).

Menurut beliau, ini berdasarkan kepada kenaikan harga komoditi itu yang telah meningkat kukuh sebanyak 23 peratus pada 1 Disember tahun lalu dengan harga sekitar AS$1,700 (RM5,350) setiap auns.

Malah katanya, harga emas juga telah meningkat empat kali ganda sejak empat tahun lalu dan kini mencecah kira-kira AS$1,600 (RM5,035) setiap auns.


Source - http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0117&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm

Impian Dunia Baru

Harian Metro - 15/01/2012






KESEJUKAN pagi itu diselubungi kabus ketika Ketua Pegawai Eksekutif Scotgold, Chris Sangster, membuka kunci besi pintu jeriji sebelum dia melangkah masuk ke lif itu. Lampu suluh kecil di topi keledar dipasang untuk membantu mereka melihat di dalam gelap.

Dalam jarak beberapa meter, lampu di pintu masuk semakin menghilang dan kumpulan dibawa Sangster itu terus ditelan kegelapan lombong emas itu. Selepas berjalan mengharung air yang menenggelamkan buku lali, mereka mula melihat ketulan kecil besi pirit, yang menyerupai emas, berkilau di terowong.

Ketika itu, mereka berada hampir 250 meter di bawah tanah. Kata Sangster, kebanyakan emas di kawasan itu sangat kecil dan tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Ditemui kali pertama pada 1985, lombong emas Tyndrum itu ditinggalkan ketika harga bahan galian itu merudum awal abad ini. Bagaimanapun, ketika nilainya kini kembali memuncak, Scotsgold bercadang memulakan operasi sekali lagi di situ tidak lama lagi.




YAKIN HIDUP BERUBAH... Kirk mencuba nasib mencari emas di antara kerikil sungai di kawasan Tyndrum menggunakan hanya peralatan asas.








Pejabat Scotsgold yang sederhana terletak di bangunan bekas stesen kereta api dan tidak membayangkan kekayaan bakal mereka peroleh di bawahnya. Kata Sangster, peluang memperoleh emas sangat besar di kawasan itu.

“Data rasmi yang kami ada menunjukkan ada kira-kira 4,621 kilogram emas di sini dan nilai pasaran semasa adalah £184 juta (RM882 juta),” katanya. Menjelang tahun depan, kata Sangster, nilai itu hampir pasti meningkat lebih tinggi.

Sejak 2008, harga emas naik dua kali ganda dan harga pasaran semasa di Britain adalah RM4,984 bagi setiap satu auns (28.3 gram). Sebagai keperluan utama dalam pasaran pelaburan tradisional, termasuk bursa saham hingga hartanah, harga emas tidak pernah jatuh mendadak.

Ketika pasaran kewangan global terus bermasalah, wujud momentum “buruan emas” yang baru terus terbina. Antara pihak yang terbabit dalam buruan itu termasuklah golongan kaya dan penjenayah jalanan.

Daripada cincin di jari hingga komponen telefon pintar dan wayar halus dalam pemproses komputer riba, emas menjadi bahan sangat berharga dalam kehidupan manusia. Setakat ini, kira-kira 170,000 tan emas dilombong di seluruh dunia dan jumlah itu boleh memenuhkan tiga kolam renang bersaiz Olimpik.

Bagaimanapun, tinggal hanya 90,000 tan masih belum dilombong. Pada kadar semasa, simpanan emas dunia dijangka habis dalam tempoh 30 tahun akan datang.




HASIL LOMBONG... produk akhir yang hanya mengandungi kira-kira 37.5 peratus emas dan bernilai hampir RM575,000.









Hakikat itu memang disedari syarikat perlombongan dan mereka kini mula mencari lokasi baru yang berpotensi. Penganalisis kanan Thomson Reuters GFMS, Will Tankard, berkata kebanyakan simpanan emas yang mudah ditemui kini habis diteroka.

“Pelombong kini mencari di kawasan lebih sukar dan berisiko, dari kawasan hujung Kanada hingga 4,500 meter di atas paras laut di kawasan Andes,” katanya. Menurut Tankard, meneroka tapak seumpama itu memerlukan pelaburan besar sebelum aktiviti melombong boleh dijalankan.

“Di utara Kanada, anda akan mendapati jalan paling hampir dengan tapak lombong emas terletak sejauh 800 kilometer.

“Justeru, anda perlukan wang yang banyak untuk menyiapkan laluan, talian elektrik dan lain-lain,” katanya. Tidak cukup dengan itu, pelombong juga berdepan dengan tentangan penduduk setempat.

Sebagai contoh, syarikat pengeluar emas terbesar dunia, Barrick Gold, baru-baru ini membelanjakan RM287 juta untuk membina infrastruktur setempat bagi memenangi hati peladang yang membantah pembukaan lombong Pascua Lama di sempadan Argentina - Chile.

Lokasi emas juga semakin sukar dari semasa ke semasa. Pada hujung abad ke-19, emas boleh ditemui begitu saja di kawasan Kalgoorlie, Australia. Kini, satu-satunya jalan untuk mendapatkan kekayaan daripada emas ialah dengan membentuk lombong sepanjang hampir 3 kilometer, 1.5 kilometer lebar dan sedalam 370 meter.

Melihat dari tebing lombong itu, sebuah lori yang mampu membawa 250 tan batu tidak ubah seperti objek mainan. Bagi setiap muatan dibawa, secara purata hanya satu daripada enam lori mengandungi emas - biasanya apabila dikumpulkan ia hanya sebesar bola golf.

Emas seumpama itulah yang menjadi buruan pelombong di kawasan pergunungan Scotland kini. Sangster berkata, dia yakin kebanyakan sungai di kawasan itu mengandungi emas dan menanti masa didulang.

Katanya, hampir 57 kilogram emas pernah ditemui di sungai kawasan itu pada 1860-an dan ia boleh mencapai nilai RM10 juta pada hari ini. Pendulang emas veteran, Alan Souter dan Leon Kirk, kini kembali mahu mencuba nasib ekoran pembukaan lombong emas Scotgold di Tyndrum.

Tidak jauh dari situ, kata Souter, ada satu kawasan popular yang kini kelihatan seperti bekas medan Perang Dunia Pertama. “Kawasan itu dipenuhi lubang dengan setiap satu sedalam satu meter atau lebih. Ia adalah bekas orang ramai mendulang emas,” katanya.

Dengan pakaian yang bersesuaian, Souter dan Kirk mula melompat ke dalam air yang sejuk itu untuk mencuba nasib. Peralatan mereka sangat sederhana - satu paip dengan bola tenis pada rodnya untuk menyedut kelikir di dasar sungai, penapis dan dulang plastik bagi mengasingkan emas daripada batu kelikir.

Namun, keberkesanannya sangat mengagumkan. Sambil mencuba nasib, Kirk menceritakan betapa kuatnya godaan emas kepada pendulang sepertinya.

“Ia sebati dengan kami dan ia akan mati bersama kami,” katanya. Kirk berkata, apa yang mendorong orang terus memburu emas adalah impian menjadikan penemuan itu kejayaan besar. Ia disokong Souter. Katanya, ramai pendulang yakin akan cukup bertuah pada satu hari.

“Bagaimanapun, hakikatnya adalah berbeza. Tidak ramai pemburu emas yang berjaya, malah kadang-kadang mereka gagal mendapat pulangan modal,” katanya.

Untuk membuktikannya, Souter dan Kirk menunjukkan hasil mereka pada hari itu. Selepas dua jam mengharungi air sungai yang begitu sejuk, anggaran maksimum nilai emas yang diperoleh hanya kira-kira £5 (RM25).

Rakan mereka, Gareth Moore, pula mempunyai pandangan berbeza. Selepas berhenti kerja, dia meninggalkan keluarganya beberapa bulan lalu untuk menetap dalam khemah di pinggir sungai kawasan tinggi Tyndrum.

Tanpa sebarang pekerjaan lain, Moore hidup semata-mata dengan pendapatan daripada penemuan emas di situ. Pada usia 27 tahun, Moore memilih untuk hidup begitu kerana bosan dengan suasana masyarakat setempatnya.

“Emas adalah tiket untuk saya keluar daripada kebosanan ini,” katanya.

Moore yakin, apa yang perlu dilakukannya adalah terus sabar mencuba nasib di sungai berkenaan setiap hari dan hasilnya akan dinikmati satu hari nanti. Berdepan dengan hujan dan musim sejuk, Moore bertegas dia tidak menyesal, malah menikmati sepenuhnya pengalaman di situ. “Saya sentiasa berjaya menemui emas secukupnya bagi mengisi perut,” katanya.


ASAS EKONOMI... jongkong emas dalam bilik kebal Bank England yang menjamin kredibiliti perdagangan di negara itu.



Sementara itu, di bilik kebal di London, pemilikan emas membayangkan kekuatan ekonomi seseorang. Sejak berabad lalu, London menjadi pusat pasaran emas dunia. Jongkong emas terbaik dikenali sebagai ‘London Good Delivery’ dengan berat kira-kira 11.3 kilogram.http://www.blogger.com/img/blank.gif

Dijamin mengandungi sekurang-kurangnya 99.5 peratus emas, ia didagangkan di kalangan ahli Persatuan Pasaran London Bullion (LBMA). Di tingkat 41 Menara HSBC di Canary Wharf, London, pegawai kanan bank itu, Jeremy Charles, menjelaskan mengenai kepentingan emas.

“Ia adalah asas mutlak bagi pasaran London. Tanpanya, kredibiliti dagangan langsung tidak bermakna,” katanya. Pada suku pertama 2011, lebih RM50 trilion emas didagangkan di London, dan secara purata, RM752 bilion emas dijual beli setiap hari.


Source - http://www.hmetro.com.my/articles/Impianduniabaru/Article/artikelMA

Seminar Emas Januari 2012

13 Januari 2012 - Senawang, Negeri Sembilan
14 Januari 2012 - Sunway, KL
19 Januari 2012 - Kuantan, Pahang
20 Januari 2012 - Kuala Terengganu
21 Januari 2012 - Kota Bharu
28 Januari 2012 - Singapura
30 Januari 2012 - Ipoh, Perak
31 Januari 2012 - Alor Setar



Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia pelaburan dan perniagaan emas, anda perlu hadir ke seminar ini. Seminar ini lebih menumpukan kepada educational knowledge.

Pada waktu hadir seminar, sila daftar nama anda dengan memasukkan PG Code Introducer - PG006462

Jangan lupa isi borang customer Public Gold (dapatkan dari staf PG). Ini untuk membolehkan anda membuat tempahan pembelian produk emas dan perak bila-bila masa (24 jam) melalui website rasmi Public Gold.
Terima kasih!

Emas Terus Jadi Buruan Pelabur

Utusan - 11/01/2012
PETALING JAYA 10 Jan. - Pengukuhan harga emas yang dilihat sebagai alat pelaburan jangka panjang, semakin menarik orang ramai membelinya sekali gus menawarkan prospek jualan yang baik.

Pengerusi Eksekutif Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon berkata, bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, syarikat telah mencatatkan jualan sebanyak RM692.4 juta, bertambah 23.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Malah, beliau juga menjangkakan prestasi yang sama mampu dicapai pada tahun kewangan semasa, berdasarkan pengukuhan harga emas dan permintaannya.



"Harga emas yang semakin meningkat tidak bererti permintaan akan jatuh, sebaliknya kadar jualannya lebih tinggi kerana mahu dijadikan sebagai alat pelaburan," katanya selepas mesyuarat agung tahunannya, di sini hari ini.

Bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Julai 2011, Poh Kong merekodkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM57.7 juta.

Katanya, harga emas dijangka terus kukuh tahun ini kerana dipengaruhi oleh ketidakstabilan di Timur Tengah seperti mana yang berlaku pada pertengahan tahun lalu.



"Tahun lalu, harga emas melonjak akibat ketidakstabilan politik di rantau Arab dan tertinggi direkodkan mencecah sehingga AS$1,900 seaun pada 5 September 2011," kata beliau.

Pada masa ini, harga emas dunia diniagakan pada paras sekitar AS$1,600 seaun (RM5,000).

Choon berkata, dalam usaha meningkatkan jualannya, Poh Kong akan membuka rangkaiannya yang ke-101 di Ipoh, Perak Mac ini.



Beliau berkata, pada setiap tahun, syarikat itu akan menambah tiga hingga lima rangkaian baharu melibatkan kos setiap sebuah sebanyak RM5 juta, bergantung kepada keluasannya.


Source - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0111&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm

Kampung Melayu Majidee lombong emas?

JOHOR BAHRU 9 Jan. – Kampung Melayu Majidee di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak seminggu lalu selepas kawasan lapang di Jalam Mewah kampung berkenaan dipenuhi batu yang didakwa bersalut emas.

Sebahagian penduduk sibuk mendulang emas di Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru, semalam.

Batu bersalut emas itu mula disedari penduduk setempat selepas kerja-kerja menambak batu dijalankan di kawasan lapang berkenaan ketika aktiviti gotong-rotong, baru-baru ini.

Seorang penduduk, Sapiah Abd. Samad, 66, berkata, orang ramai mula menyedari terdapat batu di kawasan tersebut berkilau terutamanya pada waktu malam.

Menurutnya, sejak itu orang ramai termasuk penduduk dari luar daerah ini datang ke kawasan berkenaan untuk mendulang emas.

“Bukan sahaja waktu pagi, malah orang ramai turut mendulang pada waktu malam kerana kilauan emas itu lebih jelas ketika gelap.

“Dianggarkan lebih 100 orang datang mendulang dari awal Subuh hingga lewat malam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sapiah memberitahu, penemuan emas itu adalah yang pertama sejak mereka sekeluarga menetap di kampung tersebut sejak 21 tahun lalu.

Sementara itu, juruteknik elektrik dari Tampoi, Mohd. Fazli Ahmad, 31, berkata, dia yang turut sama mendulang emas berjaya memperoleh beberapa ketul batu yang disaluti bahan dipercayai emas itu.

“Mula-mula sukar nak percaya, namun apabila saya beritahu seorang rakan yang mahir tentang emas dia mengatakan itu mungkin emas.

“Emas jenis apa saya sendiri tidak tahu kerana emas pun banyak jenis dan kualitinya,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati orang ramai sibuk mendulang meskipun hujan pada sebelah petang.

SUMBER - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm

Harga Emas Dijangka Naik RM5,662 Seauns

Berita Harian - 07/01/2012





HARGA emas dijangka kekal di paras tinggi tahun ini apabila bank pusat global dijangka akan terus membeli logam berharga itu yang dianggap selamat ketika keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, kata OCBC Bank.

Ia berkata, komoditi itu kemungkinan meningkat naik kepada AS$1,800 (RM5,662) seauns menjelang akhir tahun apabila bank-bank pusat mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing.

Dalam laporan penyelidikan Prospek Komoditi 2012 bank itu, OCBC berkata, pembelian emas yang dibuat oleh bank-bank pusat tahun lalu adalah tujuh kali lebih tinggi berbanding 2010.

Langkah itu menyebabkan berlaku aliran peningkatan bagi logam berharga itu apabila jongkong emas dianggap sebagai penyimpanan nilai bagi pelabur dan pihak berkuasa global.



“Kini, kami melihat harga emas semasa sekitar AS$1,600 seaun sebagai agak wajar,” kata bank itu.

Emas, katanya, telah mencatatkan prestasi cemerlang, meningkat hampir 20 peratus, bagi gabungan kadar pertumbuhan tahunan, bagi tempoh 10 tahun lalu.

OCBC percaya aliran itu akan berterusan tahun ini kerana kenaikan harga emas didorong oleh persekitaran kadar faedah sebenar negatif apabila bank-bank pusat dijangka menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan.



Buat masa ini, emas masih dicadangkan sebagai komoditi yang selamat, kata bank itu.

Memetik kaji selidik Bloomberg baru-baru ini, bank itu berkata daripada 26 peniaga, 70 peratus masih yakin dengan kedudukan harga emas yang tinggi disebabkan keperluan untuk melindungi aset. – BERNAMA


Sumber - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/HargaemasdijangkanaikRM5_662seauns/Article

Nilai Emas Sentiasa Terpelihara Selama-lamanya

Emas sukar diperolehi dan tidak boleh dicipta. Tidak ada seorang saintis pun mampu mencipta emas. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

Berbeza sekali dengan wang fiat. Wang fiat merujuk kepada wang yang tidak bersandarkan benda berharga seperti emas dan perak. Wang fiat boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Apabila jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilai wang kertas akan merosot. RM1,000,000 hari ini tidak mungkin akan bernilai RM1,000,000 lagi pada 3-5 tahun akan datang.

Emas Diterima Di Seluruh Dunia

Tidak ada aset lain yang boleh menandingi emas. Emas boleh ditukarkan kepada tunai pada bila-bila masa. Emas bukan sahaja bernilai di Malaysia tetapi bernilai dan boleh dicairkan di seluruh dunia.

Katakanlah negara kita dilanda peperangan (harap dijauhkan), kita lari dengan membawa emas simpanan kita ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut.

Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan. Inilah yang berlaku ketika Perang Vietnam (1955-1975).

Beribu-ribu pelarian Vietnam lari meninggalkan kampung halaman mereka dengan membawa emas kerana mereka percaya emas sahaja yang akan diterima di seluruh dunia. Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam?


Contoh Emas Pelarian Vietnam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...