Kenapa Perlu Menyimpan Perak Sekarang?

Sumber : Howard Ruff, The Ruff Times
27 April 2011

Mengapa Perak sebagai komoditi pelaburan?Perak lebih menguntungkan berbanding emasSejarah telah membuktikan :Tidak semua orang mampu membeli emas kecuali orang yang kaya dan bank-bank pusat.Perak masih jauh lebih murah berbanding emas, ini bermakna pemilikan koin perak lebih menguntungkan.


Perak mempunyai faedah sebagai pelindung nilai inflasi dengan pertimbangan berikut: a. Pasaran perak masih jauh lebih kecil, dan tidak memerlukan wang yang banyak untuk dipindahkan ke perak sebagai pelaburan untuk dipasarkan.b. Beberapa tahun perak telah mengalahkan emas secara dramatic, bermula dengan $ 3 ons kini berada lebih dari $ 40 per ounce.c. Perak juga merupakan industri logam yang sangat penting dengan lebih daripada 3,000 industri terkini menggunakan perak.

Kerajaan tidak pernah memandang perak, walaupun mereka telah merampas emas. Usah khuatir (PE ada simpanan yang banyak), anda akan merasa lebih selamat dengan perak daripada emas.e. Tambahan kerajaan sebenarnya tidak bersedia untuk melombong perak. Perak banyak berada di atas muka bumi akibat daripada perkembangan industri berasaskan perak. Berdekad lamanya perak lebih banyak digunakan sebagai wang berbanding emas. Syiling perak menjadi common denominator wang di kebanyakan tempat dan masa berbanding emas.g. Perak dijangka akan menewaskan atas keuntungan emas sekitar nisbah 00:57.

Marilah kita menyisihkan sedikit wang fiat untuk disimpan dalam nilai perak.Apakah jenis perak harus anda beli? Oleh kerana mahukan pasaran antarabangsa, kita bolehlah memandang kepada perak helang Amerika dan syiling perak asing yang boleh dibeli dari penjual syiling, kerana ia juga mudah dijual semula. Harga berfluktuasi dan boleh dijual setiap jam dan mudah mendapatkan pelanggan. Sampai bila kita mahu memandang perak?Harga perak masih berada dalam bullmarket. Selagi ada kenaikan selagi itu ada harapan bergantung kepada dasar kerajaan selagi kerajaan masih mengagung-agungkan wang fiat selagi itulah kita mendapat faedah menyimpan perak.Dimana mahu simpan perak?Simpanlah dari tempat yang selamat dan jauh dari perhatian pencuri. Jangan simpan dalam kotak simpanan keselamatan di bank-bank kerana ia tidak akan selamat jika kerajaan akan memutuskan menggantikan perak sebagai pengganti wang fiat.



Dewasa ini perak hanya dianggap komoditi lain. Semua pihak termasuk kerajaan bebas menghasilkan dan menjual syiling perak. Tapi mereka tidak mempunyai stok, sehingga memaksa mereka membeli di pasaran bebas seperti yang kita lakukan. Perak mampu dibeli oleh orang kebanyakan berbanding emas. Ini satu kelebihan untuk membangunkan industry perak standing dengan emas.Perlukah kita menjual beli perak dalam masa terdekat?


Jangan hiraukan tentang kenaikan harga dan menjual tergesa-gesa kerana arah pasaran perak adalah bullmarket yang tidak aka nada kesudahannya melainkan kerajaan mewartakan perak sebagai wang. Perak komoditi warisan keluarga? Kepada teman-teman, saya mencadangkan supaya perak menjadi komoditi warisan keluarga kerana harga akan terus naik tanpa henti.


SUMBER - amygold999.blogspot.com

Harga Emas Kekal Tinggi

Berita Harian - 21/04/2011





Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns

HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu.

Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.

Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns.



“Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu.

Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.
Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.

Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga.

Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”

Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu.

Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008.

“Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP


Source
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Hargaemaskekaltinggi/Article/index_html

Lonjakan Harga Emas

Kosmo - 14/04/2010





LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.




HARGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini - Gambar hiasan






Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.


Sourcehttp://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0414&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...